Friday, 25 November 2016

5 Produk inovatif yang dihasilkan oleh usahawan tempatan

1) KOMPANG X-TRAY





Kompang daripada filem X-tray


Kompang X-ray pertama yang dihasilkan oleh En Suman bin Ahmad dan hasil inovasi beliau telah mendapatkan pengistiharan oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

En Suman menggunakan filem X-ray pesakit dari hospital untuk menggantikan penggunaan kulit haiwan seperti kulit lembu dan kambing dalam pembuatan kompang tradisi. Namun begitu, kompang X-ray ini masih boleh menghasilkan bunyi yang sama seperti kompang yang biasa.

Beliau mendapatkan sumber filem X-ray daripada pihak hospital yang pada awalnya mahu dibuang.
Inovasi ini telah menyebabkan beliau dapat menghasilkan alat muzik tradisi yang lebih murah. Hal ini demikian kerana, harga penggunaan kulit haiwan agak tinggi dan kos pengeluaran dapat dikurangkan. Hal in secara tidak langsung akan memberi kelebihan persaingan kepada perniagaan beliau.

Menurut kata En Suman, beliau mendapatkan pelbagai bantuan selepas produk beliau diperkenalkan oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM). Bantuan yang diberikan termasuk pembinaan Galeri Kompang X-ray pertama di Melaka bagi memasarkan kompang x-ray ini. Beliau berkata bahawa kompang ini telah menerima tempahan dari Australia kerana produk ini mempunyai potensi untuk dimajukan.

Galeri Kompang X-ray

2) WARY BEE



Wary Bee Jewelry

Wary Bee is a safety wearable hardware startup that features a product which comes in a form of a necklace or bracelet but the triggering device is hidden in a tiny pendant on the jewelry. Like a ‘panic button’, all that the victim needs to do is press the button and the signal will be sent to the phone of a person or several people of their choosing. Wary Bee is a wearable technology for personal safety that can be worn as fashion jewelry and used to trigger SOS alerts discreetly. 

Function of Wary Bee






3) IDEA PERABOT DARIPADA KAYU PALLLET

Kayu pallet antara satu bahan buangan yang boleh diguna pakai untuk dijadikan perabot yang sangat unik dan cantik. Ramai yang tidak tahu tentang kegunaan kayu ini apabila kayu ini hanya dibuang begitu sahaja seperti di kilang-kilang dan sebagainya. Hasil daripada idea kreatif seseorang, kayu pallet yang dibuang merata tempat boleh digunakan untuk memberi banyak manfaat kepada sesiapa sahaja. Kayu pallet yang dibuang ini boleh dijadikan sebagai sebuah perabot yang sangat unik dan cantik. Sesiapa yang melihat penghasilan perabot ini pasti akan teruja.

Sebagai contoh perabot yang boleh dihasilkan daripada kayu pallet seperti di bawah:

i. Meja untuk di letakkan pada ruang tamu


          ii. Kayu yang dijadikan bangku untuk sofa



iii. Tempat untuk menggantung peralatan dapur




Kayu pallet ini juga boleh dijadikan sebagai monumen. Menurut seorang guru iaitu Muhammad Syazwan Md.Yazid pada mulanya hanya menghasilkan pelamin daripada kayu pallet ini. Tetapi selepas itu menjadi tarikan ramai yang menyebabkan ramai orang membuat tempahan perabot dari kayu pallet itu. Dalam masa itu juga, hasil ideanya diadaptasi menjadi sebuah monumen yang mengembangkan nilai estetika sendiri.



Melalui idea yang sangat kretif dan inovatif daripada beliau telah menjadikan beliau antara seorang usahawan yang berjaya.

4) SMART SOCKET

Dato’ Hew Ah Kow telah mencipta Hak Smart Socket, iaitu soket elektrik yang lebih selamat. Hak Smart Socket merupakan soket yang tidak dapat dihidupkan atau tidak dapat digunakan jika palam tidak dimasukkan ke dalam soket. Tambahan pula, soket akan ditutup secara automatik jika pengguna terlupa untuk menutup suisnya sebelum mencabut palam. Beliau telah menggunakan kreatif dan inovatif beliau untuk mencipta produk ini. Hal ini telah memanfaatkan pengguna dan menjamin keselamatan pengguna elektrik. 

Menurut Dato’ Hew Ah Kow, beliau mencipta Hak Smart Socket ini kerana belaiu telah melihat dengan mata sendiri bahawa seorang kanak telah dibuang tiga kaki jauh selapas tersentuh dengan soket yang suisnya hidup yang telah ditinggalkan selepas mencabut palamnya. Kanak itu baru balik dari luar yang dalam keadaan hujan, pakaian kanak itu telah pun basah. Nasib baik kanak itu memakai kasut, kalau tidak, kanak itu pasti telah terkena kejutan elektrik.

Beliau telah memfokuskan kepada posisi di dalam pasaran. Dalam proses menghasilkan Hak Smart Socket, Dato’ Hew Ah Kow telah mangamalkan prinsip cuba, uji dan ulang semula. Beliau telah mencuba, menguji dan mengulang semula untuk memastikan produknya tidak mempunyai masalah yang akan menyebabkan kemalangan. Dato’ Hew Ah Kow telah berusaha untuk memastikan penghasilan Hak Smart Socket mengikuti jadual yang ditetapkan dan selalu menilai produknya mengikut jadual yang ditetapkan. Hal ini dapat memastikan produk dapat dihasilkan dalam masa yang ditetapkan.








5) INOVASI DALAM TEKNIK PENOREHAN GETAH


Mesin Torehan Automatik (ARTS)

Mesin torehan automatik atau lebih dikenali sebagai ARTS merupakan satu inovasi Lembaga Getah Malaysia dalam mewujudkan masyarakat yang berteknologi tinggi dan berinovasi. Oleh hal yang demikian, usaha ini berupaya untuk membantu Malaysia menjadi sebuah negara pengeluar getah yang lebih berdaya saing.

ARTS merupakan satu mesin yang dipasang pada pokok getah yang digunakan untuk menoreh secara automatik tanpa memerlukan tenaga buruh mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. Tambahan pula, mesin ini telah direka bentuk dengan satu sistem kawalan elektronik yang bertujuan untuk mengawal operasi. Mesin torehan automatik ini memerlukan tenaga solar untuk membekalkan bekalan kuasa bagi memudahkan ARTS untuk beroperasi serta konsep ini juga mengamalkan amalan teknologi hijau dan mesra alam.

Prosedur Pemasangan Rangsangan PRIMFLOW
Alur torehan perlu dibuka sebanyak 1/8 lilitan (10 sm atau 4 inci) di panel torehan atas (RO) dan pasangkan alat kutipan hasil. Toreh beberapa kali sehingga mencapai kedalaman yang sesuai.
Aplikator perlu dilekatkan pada kulit pokok yang telah dibersihkan dengan menggunakan alat stapel pada 8 hingga 10 tempat (pastikan sempadan aplikator rap at ke kulit pokok). Biarkan sehingga gam reaktif air kering, sekurang-kurangnya 24 jam selepas pemasangan.

Tiub PVC perlu dipotong mengikut ketinggian aplikator (biasanya 60 sm atau 2 kaki) dan sapukan sedikit perekat pada hujung tiub yang dipotong serong. Masukkan tiub PVC (yang disapu perekat) sambil memegang injap aplikator.

Masukkan pemegang penutup injap sekala pada tiub PVC diikuti dengan injap sehala pada penghujung tiub. Tutup injap sehala dengan penutup dan jadikan bentuk ‘U’.

Selepas gam reaktif air kering, sediakan campuran EA-gum dan lateks pada kadar 99:1 hingga 95:5.

 
Campuran perekat perlu disapu pada keliling sempadan aplikator. Pastikan ia menutup ruang sempadan aplikator dan kulit pokok. Biarkan campuran perekat ini kering iaitu antara 24 dan 48 jam.

Prosedur Pemasangan Rangsangan REACTORRIM

Sebelum pemasangan rangsangan REACTORRIM dilakukan alur torehan perlu dibuka sebanyak 1/8 lilitan (1/8S) di panel torehan. Toreh beberapa kali pada alur tersebut sehingga mencapai kedalaman yang sesuai. Sebelum itu, pasangkan peralatan kutipan hasil terlebih dahulu (mangkuk 1.2 liter, spring, penyangkut, pancuran).
Cara pemasangan pin 'U'. Pasangkan pin ‘U’, 7.5 sm (3 inci) ke kanan alur sempadan dan 15 sm (6 inci) di atas alur torehan 1/2 lilitan yang lama.
Cara pemasangan butang penerap. Pasangkan butang penerap 15 sm (6 inci) di atas alur torehan 1/8 lilitan. (Jangan ketuk terlalu kuat dan pastikan butang terbenam secara kemas dan rata).
Kanister perlu digantung pada pin berbentuk ‘U’ (Pastikan tiub tidak terlipat) dan sudah selesai dipasang.

Prosedur Pemasangan Rangsangan G-FLEX
Permukaan kulit perlu dibersihkan menggunakan kertas pasir. Permukaan kulit pokok perlu kering kerana perekat tidak berkesan pada permukaan lembab atau basah. Buangkan habuk dan kekotoran dengan kain.
Kertas penutup perekat perlu di tanggalkan. (kertas bersalut silikon). Lekatkan G-FLEX pada kedudukan yang betul dan tekan perekat dengan teliti sehingga rata.
G-FLEX perlu diketip pada pokok menggunakan ‘stapler’ mengikut turutan seperti gambar dan jangan ketip pada bahagian dalam yang mengandungi gas.
G-FLEX yang telah siap dipasang dengan 7 ketipan mengikut turutan.

Gas perangsang perlu diisi sehingga penuh (mengelembung).

Prosedur Pemasangan Rangsangan MORTEX
MORTEX disapu pada jejela getah di sepanjang alur torehan meliputi <1.0sm kulit pulihan di bahagian atas alur torehan tersebut dengan menggunakan berus lukisan yang sesuai. Jejela getah yang tebal perlu dibuang sebelum penyapuan dilakukan. Untuk memastikan hasil yang tinggi dan berterusan, pokok-pokok yang dirangsang dengan MORTEX hendaklah dibaja dan diurus dengan sempurna sambil mengamalkan sistem torehan yang bersesuaian. Elakkan daripada mengguna MORTEX semasa musim daun luruh. Jangan campurkan MORTEX dengan bahan kimia lain.

Kadar Penggunaan MORTEX

MORTEX digunakan antara 0.5 gram ke 1.0 gram sepokok bagi setiap kali penyapuan. Penyapuan melebihi dari jumlah yang disyorkan tidak akan memberi kesan ketara kepada hasil torehan. maka, tindakbalas hasil dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti klon, aktiviti-aktiviti torehan, teknik perangsangan, fisiologi dan lain-lain. Oleh itu, adalah dinasihatkan supaya mengikut syor oleh LGM pada (Jadual 1)

Jadual 1 menunjukkan sukatan penyapuan MORTEX pada pokok getah


Kesimpulannya, Malaysia mempunyai ramai usahawan yang berdaya saing setanding dengan negara-negara maju yang lain.Oleh itu, pihak kerajaan perlulah menjalankan pelbagai inisiatif untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya. Hal ini demikian kerana, usahawan yang kreatif dan inovatif berupaya mengharumkan nama negara di persada dunia.




No comments:

Post a Comment